TIGA TINDAKAN INI PASTI MENINGKATKAN KEMAHIRAN BAHASA INGGERIS ANDA

Picture of Prebagaran

Prebagaran

CEO | Performance Coach | Instructional Design Specialist

Disember 1993 merupakan salah satu hari yang sangat penting dalam hidup saya. Saya mulakan tugas sebagai Pegawai Pelajaran di Pusat Latihan Tentera Laut DiRaja Malaysia di Lumut,Perak. Diantara tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya adalah mengajar Public Speaking kepada pegawai kadet  TLDM. Saya sebenarnya adalah graduan dalam Sains Pendidikan dengan pengkhususan dalam bidang kimia. Tapi dizaman 90an, graduan seperti saya dianggap ‘berpendidikan tinggi’ dan hebat dalam Bahasa Inggeris. Maklumlah , Malaysia hanya ada 6 universiti  pada masa itu berbanding lebih 100 universiti sekarang. Walaupun agak risau, saya menerima tugas ini dengan penuh tanggungjawab dan mula membuat persiapan yang sewajarnya untuk menjalankan kelas Public Speaking tersebut.

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Seramai hampir 60 orang kadet telah berkumpul di dewan kuliah Pusat Latihan kami. Pegawai Memerintah Pusat Latihan kami serta beberapa orang pegawai kanan TLDM turut hadir. MC pada hari itu telah memperkenalkan saya sebagai seorang pegawai pelajaran yang baru dan hebat dalam Bahasa Inggeris. Akhirnya tibalah giliran saya untuk memulakan kelas Public Speaking tersebut. Walaupun telah membuat persiapan yang rapi, saya amat gemuruh. Bayangkan, salah satu tajuk yang saya bercadang untuk mengajar adalah ‘bagaimana mengatasi gemuruh semasa Public Speaking’. Tangan saya menggeletar. Nasib baik, kulit saya gelap….. kalau tidak pasti muka saya menjadi merah kerana takut  Public Speaking. Namun begitu, selapas beberapa minit saya berjaya menjadi tenang dan meneruskan kelas saya. Kelas berjalan dengan agak baik pada hari itu…. tapi saya tahu ada banyak perkara yang saya perlu baiki. Pada keesokan hari salah seorang pegawai kanan TLDM memuji inisiatif saya untuk mengajar Public Speaking kepada Pegawai Kadet. Beliau juga memberi beberapa cadangan untuk memperbaiki Bahasa Inggeris saya. Cadangan tersebut amat berharga untuk saya. Mungkin anda juga boleh mendapat manfaat dari cadangan tersebut.

1.      Meningkatkan Kekerapan Bercakap Bahasa Inggeris  ( Walaupun Tidak Mahir)

Ramai orang malu bercakap Bahasa Inggeris kerana tidak fasih. Tapi kita tahu bahawa kefasihan memerlukan latihan. Kita semua mula belajar bahasa ibunda dengan bercakap tanpa malu dengan penuh selesa. Biasanya kita mahir bercakap bahasa ibunda semasa berumur hampir 5  tahun. Waktu itu kita mungkin belum bersekolah.  Semasa kita mulakan alam persekolahan pada umur 7 tahun  kita diajar Bahasa Inggeris oleh guru yang terlatih berdasarkan sukatan pelajaran yang khusus. Namun ramai yang tidak mahir berbahasa Inggeris selepas lebih 10 tahun belajar. Kenapa? Kurang latihan adalah diantara sebab utama. Kefasihan bermula dengan latihan. Maka kita tidak perlu malu dengan kesilapan. Di peringkat awal, kita perlu selesa membuat kesilapan dan fokus kepada penyampaian (bercakap) dan penerimaan  maklumat (mendengar)  . Kesilapan grammar dan sebutan adalah perkara biasa. Kita mahir bahasa ibunda kerana ibu bapa kita tidak fokus kepada mengajar bahasa tetapi fokus kepada berkomunikasi dengan penuh kasih sayang.

2.      Pastikan Suasana Berkomunikasi  Yang ‘Selamat’

Suasana yang selamat bermaksud kita fokus kepada penyampain dan penerimaan maklumat dan bukan menilai grammar atau sebutan yang salah. Pastikan keadaan yang selamat dari sudut emosi. Malcolm Knowles, salah seorang pakar pendidikan orang dewasa (Andragogi) menegaskan betapa pentingnya memastikan ‘suasana yang selamat’ dimana orang dewasa tidak dinilai sebagai bijak atau kurang bijak. Dalam konteks kemahiran komunikasi bahasa Inggeris, carilah rakan-rakan yang mempunyai niat yang sama. Pastikan kita sedar bahawa niat adalah untuk mengadakan suasana belajar yang selamat dari segi sosial dan emosi. Untuk mendapat hasil yang baru,kita perlu mengambil tindakan yang baru. Ingat ! kemahiran berbahasa Inggeris bukan menunjukkan pandai atau lemah. Orang yang pandai di Jepun mungkin tidak mahir berbahasa Inggeris dan orang yang lemah di England mungkin mahir berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris hanyalah satu bahasa. Kita semua mampu mahir dengan latihan, khususnya dalam suasana yang selamat dari segi sosial dan emosi.

3.      Jadi Ahli Toastmasters Club

‘Dream don’t work unless we do!’ Cita-cita kita untuk menjadi mahir hanya akan menjadi realiti kalau kita mengambil tindakan. Pada pandangan saya, kaedah yang paling berkesan untuk memperbaiki bahasa Inggeris adalah dengan menjadi ahli Toastmasters Club.  Toastmasters adalah satu pertubuhan sosial yang bermula di Amerika pada tahun 1924. Pertubuhan ini telah membantu berjuta-juta orang diseluruh dunia untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Rahsia kejayaan Toastmasters adalah suasana yang selamat dan peluang berlatih yang banyak. Di Toastmasters, kita meraikan kesilapan sebagai peluang untuk belajar. Saya  menjadi ahli Samudera Toastmasters Club di Lumut, Perak hampir 15 tahun yang lalu. Keahlian Toastmasters telah membantu saya untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Pengalaman menggeletar di Pusat Latihan TLDM pada tahun 1993 merupakan kenangan manis. Hasil dari tunjuk ajar dan bimbingan rakan – rakan Toastmasters telah membantu saya jadi juara Semenanjung Malaysia (District 51) dalam pertandingan public speaking Toastmasters International pada tahun 2012. Saya yakin, Toastmasters dapat membantu anda. Layari website Toastmasters, anda pasti akan jumpa kelab Toastmasters berhampiran rumah anda!

Tiga tindakan ini akan mampu membantu anda meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Kelemahan Bahasa Inggeris merupaka diantara sebab ramai graduan di Malaysia menganggur. Kelemahan Bahasa Inggeris juga menjadi penghalang dalam kemajuan kerjaya dan perniagaan. Di dunia digital hari ini seluruh dunia boleh dijadikan medan permainan kita……. dan Bahasa Inggeris pasti dapat membantu.

Facebook
Twitter
LinkedIn

Search

Search

next Best Read

Be part of praba Circle

Don’t miss any of my latest articles and knowledge sharing

Related post

READY TO TAKE YOUr organisation TO THE NEXT LEVEL?

Schedule a strategy call today and we will go through the problems that you are currently facing that is hampering your organization’s true ability to make an impact