Upgrade Diri adalah hasil gabungan dua individu hebat yang berbeza latar belakang tetapi berkongsi visi yang sama – membantu anda mencapai potensi luar biasa. Dr. Praba ialah pakar pembangunan insan dengan pengalaman dalam ketenteraan, korporat dan keusahawanan, manakala Cikgu Sita pula ialah pendidik Bahasa Melayu selama 34 tahun yang sarat dengan sentuhan nilai dan budaya tempatan. Bersama, mereka menggabungkan strategi global dan kearifan lokal dalam buku ini.
Buku Upgrade Diri dibahagikan kepada 12 bab merangkumi 3 tema utama pembangunan diri: Kecemerlangan Peribadi, Perhubungan Interpersonal, dan Kelestarian Prestasi
"Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"
Bab ini membuka perjalanan perubahan diri menerusi kisah Suhaila, dari operator kilang ke pengurus. Ia menekankan pentingnya kemahuan yang kukuh dan tindakan konsisten untuk mula melangkah ke arah kejayaan.
"Masa itu emas"
Kisah Eswaran menunjukkan bagaimana masa dan fokus yang diurus dengan baik mampu menghasilkan pencapaian luar biasa. Teknik seperti timeboxing dan refleksi kendiri dibincangkan secara praktikal.
"Sepuluh kali diukur, sekali dikerat"
Pengalaman Shamala membuktikan keputusan bijak mencorak masa depan. Bab ini mengajak pembaca menilai nilai diri dan membuat pilihan strategik dalam kerjaya, pembelajaran dan kehidupan.
"Genggam bara api biar sampai jadi arang"
Kisah Parimala membuktikan bahawa ketabahan boleh dipupuk. Bab ini membimbing pembaca membina kekuatan mental dan emosi melalui strategi sokongan dan prinsip daya tahan yang berkesan.
"Berkata biarlah cermat, berbicara biarlah bijak"
Syaza berjaya mengatasi ketakutan untuk bercakap di hadapan umum. Bab ini membantu pembaca membina kemahiran komunikasi efektif dalam menyampaikan mesej, mendengar aktif dan berdialog dengan berhemah.
"Bersatu teguh, bercerai roboh"
Melalui kisah Azmah, bab ini menunjukkan kekuatan jaringan profesional. Kejayaan memerlukan sokongan komuniti, nilai kepercayaan, dan amalan memberi sebelum menerima dalam membina hubungan bermakna.
"Muafakat membawa berkat"
Kecerdasan emosi ialah asas hubungan yang harmoni. Bab ini membimbing pembaca mengenal dan mengurus emosi untuk memimpin diri serta menjalin kerjasama berkesan, seperti yang dilakukan oleh Nourul.
"Ilmu pelita hidup"
Kisah Datuk Dr Chamil Wariya menekankan pentingnya pembelajaran sepanjang hayat. Bab ini mengetengahkan idea learning agility, pembelajaran sosial, dan peranan ilmu dalam kepimpinan berkesan.
"Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali"
Harith menunjukkan bahawa kejayaan dan kelestarian boleh berjalan seiring. Bab ini memperkenalkan nilai ESG dan tanggungjawab sosial sebagai strategi dalam membina kejayaan yang beretika dan mampan.
"Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit"
Kaizen menekankan penambahbaikan berterusan. Kisah Wan Ismail dari office boy ke pengarah operasi memberi inspirasi bahawa perubahan kecil yang konsisten adalah kunci kepada kejayaan jangka panjang.
"Jauh perjalanan, luas pandangan"
Bab ini membimbing pembaca meneroka inovasi melalui keberanian mencuba dan belajar dari kesilapan. Kisah Nabila membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu jadi agen perubahan dalam organisasi.
"Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tak berbuah"
Ilmu hanya bernilai apabila diamalkan. Kisah Dr Norzila membuktikan bagaimana ilmu yang dimanfaatkan secara strategik mampu memberi impak besar kepada organisasi dan masyarakat.









Berhenti berangan. Saatnya untuk bertindak.
© 2025 All rights reserved. Developed By Cloudswired Technologies